Monday, April 18, 2022

Puisi mimpi: ramaikah pemainnya tersekat di sini?

Photo by Kristal Tereziu: https://www.pexels.com/photo/shadow-of-woman-with-crown-on-head-4385809/

"Adakah alam mimpi benar2 wujud atau ia hanya sekadar permainan minda sahaja? jujurnya, ketika bermimpi indah aku mengharapkan ia kebenaran dan bukan sekadar mainan minda sahaja...hahaha"

Oh! Malam tadi aku bermimpi...

dan mimpi itu sangat pelik...

entah berlaku apa aku lupa..

tetapi yang aku tahu aku ditembak...

hahaha...

kelakar ya?

dan ketika aku bangun,

aku masih merasa sakit luka tersebut...

seolah2 ia sangat real berlaku sehingga rasa sakit itu berbekas di dunia nyata...

dan...

ketika aku menahan sakit dan hampir mati ketika di dalam mimpi itu...

aku di sebelah seorang lelaki misteri yang memandangku aneh...

aku juga memandangnya aneh.

siapa dia? siapa pula aku ketika permainan minda itu?


mimpi ini kelakar. 

Photo by Eren Li: https://www.pexels.com/photo/man-experiencing-virtual-reality-in-headset-on-floor-7241625/

"Misteri alam mimpi? aku dah lama tidak bermain di sana...apa khabar dunia sana? ramaikah pemainnya tersekat di sini? "

Puisi pilihan: kerana kau bukan aiskrim,kek mahupun kopi...

Photo by Cole Keister: https://www.pexels.com/photo/woman-behind-gold-paper-2388647/

" Hidup ini bermain dengan pilihan...apapun pilihan yang wujud, tiada yang sempurna tetap tertakluk kepada konsep baik dan buruk...dan pilihan yang kita pilih selalu terikat dengan keadaan...kita terpaksa bertindak mengikut keadaan yang ada...walaupun akhirnya kau akan tetap diadili manusia sekeliling yang sekadar menjadi pelakon tambahan di dalam cerita hidupmu..."

memberi ruang...

memberi peluang...

untuk diri sendiri sembuh...

debu...

pernah juga aku duduk dan termenung...

terasa mahu saja aku terbang dan menjadi debu...

tidak berhubung dengan sesiapa dan tiada drama...

tidak mahu disakiti mahupun menyakiti...

menutup segala macam pintu kepada kesalahan...

tidak berada dalam keadaan dimana buntu tentang segalanya...

buntu mahu kekanan ataupun kekiri...

kerana kita sentiasa akan sampai di satu persimpangan...

engkau tidak punya cara lain melainkan akan tetap menyakiti...

biarpun itu bukanlah niat hatimu...

diperjalanan hidup ini...

kau tidak mampu membuat semua orang gembira...

kerana kau bukan aiskrim,kek mahupun kopi...


" Akan wujud sesuatu saat, sesuatu itu berlaku tanpa kau memahami mengapa dan kenapa? ketika itu apa yang kau lakukan? tetaplah berpegang pada kasih dan sayangNya...segalanya berlaku atas rahmatNya, semuanya dalam perancangan Tuhan Yang Maha Bijaksana...begitu."



Puisi cinta: betulkan kiblat hatimu...


Photo by Ismael Sanchez: https://www.pexels.com/photo/reflection-of-woman-s-eye-on-broken-mirror-2282000/

"Ketika kau meletakkan manusia atau objek sebagai tujuan hidupmu, ketika itu ketahuilah demi kasih sayangNya...Tuhan punya sejuta cara untuk membuktikan padamu bahawasanya hidupmu hanyalah untukNya...kau akan kecewa berkali2 sehingga kau sedar dan benar2 faham hakikat yang satu ini..."


hidup untuk manusia?

dedikasi?

pernah dahulu...

aku sebutkan ayat ini...

dan aku letakkan nama sekian2...

ternyata yang ada cumalah hampa...

kerana bagaimana indahnya seseorang manusia itu pun...

dia akan pergi dengan pelbagai cara...

yang tinggal akhirnya hanyalah Tuhan...

maka untuk kali ini aku berpendapat...

hiduplah kerana Tuhan. 

Kau akan bahagia...

dan...

kau takkan pernah berhenti berjuang melainkan kau mati...

Betulkan kiblat hatimu...


Photo by Mariana Blue: https://www.pexels.com/photo/rectangular-wooden-frame-mirror-1188410/

"Apa yang kau perjuangkan di dalam hidup ini? pernah aku terfikir, adakah hidup setakat melakukan rutin manusia biasa sahaja? sejak persoalan ini muncul...aku telah bertukar arah dan mula mencari erti..."




Cermin 1 : persetankan kertas itu...itu cuma cara...

 

Photo by Luis Ruiz: https://www.pexels.com/photo/oval-brown-framed-mirror-954539/

"Tidak pernah puas kucurahkan hati...yang mendengar tidak cukup memerhati..."

-Tidak lama lagi;Imran Ajmain-


Aku berjalan. Perlahan sambil mencari-cari sesuatu di dalam beg. Tiba-tiba aku terjumpa sekeping kertas lama yang hampir reput tersembunyi dibalik buku. Aku terus terlupa apa yang aku ingin cari sebentar tadi. Aku keluarkan kertas reput itu sambil meneliti isinya. Wajahku berkerut pelik. Tulisannya buruk. Comot benar sehingga aku sendiri gagal memahami. Aku dekatkan dengan mataku dengan harapan aku dapat melihat dengan lebih jelas isinya. "Dahla comot tulisannya,kecik pulak tu..heh!",bisik hati kecilku. Ada sesuatu yang misteri tentang kertas ini. Jika tidak masakan aku mampu terlupa tujuan sebenar aku menyelongkar begku tadi. 


Aku dapat rasakan sesuatu. Inilah tulisanku beberapa tahun dahulu. Aku jadi jelik dengan diri sendiri. Dalam masa aku mencebik kecomotan tulisanku sendiri, aku tergelincir lalu jatuh. 


Tiba-tiba seseorang lelaki menegurku.


"Kau cari apa semenjak dari tadi? kan kertas itu kosong. Yang kau lihat cuma ilusi saja",ujar lelaki misteri itu.



"Hah?". Aku kembali merenung isi kertas itu sambil menahan kesakitan kerana tergelincir sebentar tadi. Ya kosong! Aku mula pelik kerana sebentar tadi aku lihat ada tulisan comot diatasnya. Masakan sekelip mata ia boleh hilang. Tak mungkin. Aku kembali merenung lelaki itu pabila dia kembali berkata-kata. 


" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku. Persetankan kertas itu, itu cuma cara untuk aku jemput kau datang kesini, kedunia belah sini. Kan kau selalu cari aku? Aku datang kerana seruanmu dari dunia sana. Sekarang tanyakan apa yang terbuku dihatimu". Panjang lebar lelaki misteri itu berkata-kata. 


Aku mulai marah. Ini pasti mimpi. Aku menampar mukaku berkali-kali. Bila aku tersedar, aku harapkan aku dilorong kekelas tadi. Aku hampa bila aku masih didunia serba putih dan kosong ini. Dalam keredhaan diri, aku mulai mengeluh hampa sambil mengangkat tangan tanda mengaku kalah pada lelaki misteri yang menjengkelkan itu.


"Kau siapa?". Tanyaku malas sambil membetulkan hijabku sambil berkira-kira jika ada cermin didunia kosong ini.


"Aku adalah kamu". Bicara lelaki itu sambil tersenyum manis seolah berharapkan aku bertanya lebih lanjut. 


Aku terus berjalan tidak menghiraukan lelaki itu, cuba mencari jika ada cermin disini. "Habis comot muka aku,tengok,pin tudung pun da terburai, lelaki ni sengaja cari pasal,siap kau". Aku sibuk bermonolog sambil ekor mataku dapat memerhati wajah lelaki itu yang masih tersenyum. 


"Kau cari apa?disini cuma kita berdua. Segala yang kau cari ada padaku.", sambung lelaki itu tenang. 


Darahku mula naik kemuka bila aku rimas dengan segala kata-kata misterinya. Bila aku menoleh mahu marah, lelaki itu menunjukkan isyarat tangan berhenti. Marahku terus bertukar kepada rasa pelik.


"Jangan marah. Jika kau marah aku akan hilang. Tolong...", rayu lelaki misteri itu.


Aku mulai tenang tatkala melihat wajahnya yang pucat. Suhu badanku mulai menyejuk semula. 


"Bak sini cermin. Muka saya da selebet ni.", ujarku sambil menghalakan tangan kepada lelaki itu. 


"Akulah cermin kamu", kata lelaki itu sambil menutup mulut menahan geli hati.


"Arrgggghhhh.......!!!!!",aku mula baran dengan perangai lelaki misteri yang menjelikkan itu. 


Aku terpinga-pinga bila aku ditegur kawanku Rin.


"Yes!", aku hampir menjerit. Terlalu gembira kerana akhirnya aku berjaya keluar dari dunia pelik itu. 


Aku berjalan dengan gembira disamping Rin sambil menutup semula beg yang terbuka. Kertas reput ditanganku telah kubuang kedalam tong sampah tanpa sebarang rasa bersalah.


Dikejauhan...berlapikkan sesuatu seolah buih berupa langsir, seorang lelaki misteri mengeluh hampa.


"Di dunia yang kosong ini, hanya wujud kau dan aku. Kerana kita itu satu."

-Tulisan dikertas reput tadi-

Photo by cottonbro: https://www.pexels.com/photo/woman-with-red-light-on-face-5473950/

" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku."

Cermin kembali 2013-2022 : ulangan kesemua dan sambungan siri...

 


"Aku dari dalam cermin kembali..."

CERMIN


Cermin Hikayat Annur


Cermin Hikayat Annur - Sinopsis

Nur merupakan seorang pelajar universiti yang hidup dizaman moden...bila tiba masanya,Nur dipertemukan dengan lelaki misteri,nenek kebayan,jejaka kacak yang mampu berubah wajah kepada jin,serta Puteri Cahaya....


Siapakah mereka semua?dan apa kaitannya dengan Nur?benarkah Nur itu Puteri Cahaya seperti yang mereka semua sangka serta siapakah sebenarnya lelaki misteri itu yang sering hadir di dalam ilusi Nur???


terlalu banyak persoalan yang belum terjawab...nantikannya disiri cerpen Cermin!


"pembukaan rahsia demi rahsia sebuah pengembaraan jiwa yang penuh dengan erti kehidupan sejati..."


cerita bukan sebarang cerita,

cerita hamba karang penuh kunci segala,

sekali dibaca cuma biasa-biasa saja,

tapi hanyalah jauhari mengenal manikamnya...:)




Harapnya jiwa ini hidup semula...

 


"Terasa mahu kembali masukkan koleksi puisi2 lama Selendangkuning...ya, semuanya masih dalam simpanan..."


"sekadar mengisi masa lapang mungkin? atau saja mencari erti..."


"Harapnya jiwa ini hidup semula..."





Puisi masa: Jam yang berdetik bagaikan...


"Ketika kita sedih, masa seakan berjalan sangat perlahan...ketika kita gembira, sebaliknya pula...jam yang berdetik bagaikan ilusi bagi jiwa yang merasa..."

kegembiraan...

subjektif.

ilusi.

adakala tersekat dalam masa.

adakala seperti selamanya...



"Pernah suatu masa aku agak obses dengan erti keabadian...sehingga kesatu saat aku ketahui bahawa ia tidak berlaku di realiti ini...tapi entah kenapa, aku rasa ada satu dua kali telahanku seakan salah...ada juga benda di realiti ini seolah tersalah masuk ke daerah keabadian..."

Friday, April 15, 2022

Puisi malam: aku bukan tuhan,bukan malaikat...dan bukan nabi...

pixabay

"Manusia bereaksi negatif apabila kita meluahkan apa yang dirasa...sedang mereka tidak pernah ambil peduli, seberapa tinggikah kesabaran kita selama ini terhadap sikap mereka...aku bukan tuhan, aku bukan malaikat...dan aku bukan nabi...aku cuma manusia biasa yang punya perasaan dan batas kesabaran..."


Aku pernah berada dalam fasa antara hidup dan mati...

dan aku ketika itu tidak benar2 tahu, 

aku sedang hidup ataupun aku telahpun mati...

ada masa aku merasa aku hidup luarannya sedangkan aku mati dalamannya...

ada masa aku merasa aku hidup dalamannya tapi seolah mati luarannya...

dan kedua fasa itu memenatkan...

ketika itu ada seorang sahabat datang dan berkata...

wahai annur...seimbangkan...

semenjak itu aku cuba untuk berubah...

dan aku mengejar keseimbangan...

lama2 ia seakan jadi...

aku terasa seperti hidup luarannya dan juga dalaman...

aku bahagia...

seketika itu, 

aku diuji sekali lagi...

dengan ujian kehilangan...

kehilangan arwah suamiku dan juga kehilangan anakku...

walaupun orang fikir ia cuma anak kucing...

tapi bagi seorang 'cat mommy', 

itu adalah anak...

selang hampir beberapa bulan sahaja...

tiada siapa yang tahu betapa hancur berkecainya diri ini...

setiap hari...

hidup seolah mati...

setiap hari berusaha untuk bangkit bekerja,

walaupun pernah juga dalam keadaan merangkak kerana 'mental breakdown' yang dahsyat...

kelakar...

begitu terperuk sekali aku rasakan ketika itu...

dalam keadaan orang lain fikirkan aku baik2 sahaja...

nerakanya keadaan ketika itu,

cumalah Tuhan yang memandang...

dan Maha Mengetahui...

dihina,dikhianati,dibenci, dan entah apa lagi ya...

tapi aku tetap bangkit dengan izin Yang Maha Esa...

meneruskan hidup dalam keadaan yang amat perit...

setiap hari...

berseorangan...

oh tidak. 

aku ada Tuhan...

Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Yang masih memberikan aku nafas...

walaupun ketika itu aku hampir hilang harapan untuk teruskan hidup...

dalam keadaan terlalu teruk,

dihimpit lagi dengan asakan manusia2 yang entah mana pergi empatinya...

sehingga aku mengambil keputusan mengasingkan diri seketika...

supaya aku mampu mengawal diri sendiri...

dari membalas setiap apa yang berlaku...

sehingga ke hari ini...

hati ini masih sakit...

walaupun aku seakan tidak berbunyi apapun...

biarlah Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Penyayang 

membalas kesabaranku dengan sesuatu yang indah...

dan mengubat hati ini sehingga suatu hari nanti aku mampu memberikan kemaafan...

bukan kemaafan berbatas di mulut...tapi ikhlas dari hati...

dan...

hanya pada Tuhanlah tempat diri ini mengadu akan segalanya...

jika tidak aku temui keadilan di atas dunia ini...

aku tunggu di sana nanti...

kita semua akan bertemu semula untuk sebuah perhitungan di hadapan Yang Maha Esa...

kerana aku yakin, 

aku tidak melakukan lebih...

dari apa yang pernah diamanahkan kepadaku...

mungkin kalian punya segalanya...tapi tidak aku...

tidak mengapa...

cukuplah Tuhan sebagai wakilku...

padaNya diri ini bertawakal dan berharap...

Semoga kita semua diampunkan Tuhan...

atas kerosakan hati dan jiwa...

serta kekurangan atau berlebihan dalam berurusan...

semoga suatu hari nanti...

sebelumku meninggalkan dunia ini...

aku mampu benar2 mengerti bahawa semua manusia punya salah dan silap...

dan memaafkan dengan ikhlas adalah ubat hati yang terbaik sekali...

aku juga tidak mahu mati dalam keadaan begini jika boleh...

tapi Tuhanku juga Maha Pengasih Maha Penyayang...

pasti sangat mengerti bahawa hati adalah barang rapuh...

dan mengubatinya memerlukan masa...

dan aku tidak tahu seberapa lama hati ini benar2 pulih dari semua

kesakitan yang pernah dilemparkan kepadaku...

pixabay

" Bersikap sensitif setelah ribut dugaan yang datang, bukanlah satu kesalahan...kerana kesannya tidak akan sama bagi setiap orang...dan aku menjauh bukan kerana aku takutkan manusia...tetapi kerana aku takutkan diri sendiri bertindak melangkaui dari batas yang sepatutnya jika terus dicabar dan dicarik jiwanya...dihentak emosinya..."

Thursday, April 14, 2022

tiada apa2 cuma irama yang tenang dan bunyi hujan...

 

pixabay.com

"...senyap dan tenang..."






Puisi Sang Pemimpi: kerana alam mimpi adalah infiniti...

Photo by Anastasia Belousova from Pexels

"Kita terlena kerana tenggelam dalam mimpi demi mimpi...selepas satu mimpi kita kecapi...kita wujudkan lagi satu...sehingga kita seolah takkan terjaga lagi dan hanyut dalam untaian mimpi2 indah...benarlah, di dalam ujian punya rahmat...kerana ujian adalah sebuah bentuk pertolongan dari Yang Maha Esa untuk memadamkan khayalan2 tak bertepi, seolah2 bererti tapi sebenarnya ia hanya sekadar mimpi..."

seronok tidur kan?

tersekat dalam mimpi demi mimpi...

kerana alam mimpi adalah infiniti...

Photo by Snapwire: https://www.pexels.com/photo/girl-sleeping-with-her-brown-plush-toy-101523/

"Perkara berpuluh2 tahun lepas terasa seperti baru semalam ia terjadi...mengapa?
kerana ini semua cuma mimpi...kita di sini sebenarnya ibarat sehari sahaja,
mungkin sebenarnya tak lebih daripada itu..."








Puisi malam Sang Puteri: Sesuatu yang kelakar tentang kehidupan adalah...


"Terasa semua semakin hambar...senyum gelak tawa semua ibarat topeng yang hebat menutup semua rasa hati..."

hari demi hari,

terasa semakin terbiasa...

teruskan hidup tanpa abang disisi...

walaupun adakala ingatan lama masih mengganggu,

bukan adakala benarnya hampir setiap masa,

hmm...

semoga roh abang tenang disana...

pesan2 abang semua akan annur ingat selalu...😔


"Adakala bukan setakat apa yang ada di dalam kehidupan itu sahaja rahmat...masih hidup juga sebenarnya rahmat terbesar yang tak pernah aku terfikir sebelum ini...usia seakan mimpi yang dilipat sehari2 dalam almari maya...selalu aku bertanya pada diri sendiri, jika masa itu tiada...apa sebenarnya hidup ini? ada masa dan tiada masa, siapa sebenarnya kita ini...benarlah kata pujangga, yang paling dekat dengan kita adalah kematian, sedang kita disibukkan mengingati perkara yang terjauh iaitu masa lepas dan ditakutkan tentang masa hadapan yang tidak semestinya kita jalani..."


" Sesuatu yang kelakar tentang kehidupan adalah, kau takkan tahu berapa sebenarnya masa yang kau masih ada...dan kau,aku...kita semua...sedang lena dibuai mimpi dan angan2 indah tentang alam khayalan ini..."



Wednesday, April 13, 2022

Puisi Sang Puteri: Aku punya banyak masa?

 

pexels

"masih lagi bergelut dengan trauma yang sama...aku punya banyak masa?"

terasa hendak ketawa?
menangis?
mungkin hampir tiada rasa...
yang ada cuma bingung...

terasa seperti sudah melalui jalan yang sangat panjang..
walaupun aku hanyalah berusia 34 tahun...
berapa lama lagi masa yang aku ada untuk sampai ke garisan penamat?
persoalan yang menjadi tanda tanya setiap hari...
membuatkan aku takut,
takutkan masa hadapan?
sejujurnya ia seakan2 kabur sudah...
aku pun sudah tidak tahu kemana hala tuju...
cuma satu yang aku pasti,
aku tetap akan sampai kepada garis penamat hidup ini, 
iaitu kematian...
dan...

sebelum sampai apa yang aku lakukan?
sekadar menjalankan fungsi manusia normal...

kehilangan erti...
kerana itu aku kesini sekali lagi...
membiarkan jari jemari menari dan meluahkan rasa diri...
biarpun tiada siapa mengerti dan mengetahui kewujudanku ini sekali lagi...

tidak mengapa,
kerana itu bukanlah tujuanku...
aku kesini kerana mahu merasakan hidup sebelum mati...
ternyata aku sudah terlalu bosan menjadi seakan robot...
yang mengulangi rutin yang sama setiap hari..
sehinggakan aku merasa kehilangan erti...
ya kehilangan...
dan aku sudah semakin lali dengan ujian kehilangan...
haha.
adakah itu satu pencapaian?
entah..
mungkin sekadar mengetahui bahawa setiap sesuatu di dunia ini, 
punya waktu...
dan di realiti ini, tiada apa yang kekal...
melainkan Tuhan Yang Maha Mewarisi...
apa sebenarnya yang kita semua kejarkan?
realiti seakan ilusi mimpi...
adakah dapat bererti memiliki jika semuanya hanya sementara?
adakah kehilangan bererti selama2nya?

Photo by Heloisa Vecchio from Pexels

"Misteri masa...Tuhan selalu punya cara memutarbalikkan keadaan...sekali lagi aku mahu bertanya kepada diriku sendiri...wahai diri, apa sebenarnya yang kau kejarkan atas dunia ini? adakah kau puas?"




Sekali lagi...

Photo by Kulbir from Pexels

"menjadi pencerita adakala tidak semudah yang disangka, kita akan selalu teruji dengan kata2 sendiri..."


140422

Aku kesini sekali lagi...

entah berapa kali...

jatuh bangun dan jatuh lagi...

kehilangan diri?

kehilangan idea...

dan seakan hilang entah apa lagi...

ya aku sedang belajar erti kehilangan...

dan aku merasa jika aku tidak mula menulis semula...

perasaan kehilangan itu akan bertambah menebal...

makanya aku kesini sekali lagi...

sekadar menukar tekanan menjadi sesuatu yang lebih bermakna dan membawa erti,

jika tidak pada orang lain pun paling kurang untuk diriku sendiri...

kerana bekerja melibatkan pengiraan membuatkan otakku sedikit kaku,

dan aku memerlukan sesuatu yang kreatif supaya aku tidak terasa seperti terlalu mati 

dalam helaan nafas setiap hari...


-Annur-

Photo by Annie Spratt from Pexels

"masih lagi menunggu hikmah segalanya..."





Cermin 58: Tali apa ini? Kemas betul ikatannya.

" Misteri diri Nur terlalu membelenggu dirinya."  Hakimi terjaga daripada lenanya. Dia kini berada di hutan asal sebentar tadi seb...